Bangga hamil hasil persetubuhan dengan pondan

ECUADOR - Satu pasangan transgender di Ecuador bakal melakar sejarah apabila mereka akan menjadi ibu bapa melalui kehamilan yang pertama seumpamanya di Amerika Selatan, lapor Daily Mail.

Diane Rodriguez, aktivis LGBT yang terkenal baru-baru ini telah berkongsi berita bahawa 'teman lelaki' beliau, Fernando Machado, sedang hamil anak pertama.

Rodriguez dan Machado telah berpasangan sejak tahun 2013 selepas berkenalan buat pertama kali di laman media sosial.

Machado dilahirkan dengan jantina perempuan dan dibesarkan di Venezuela, namun berhijrah ke Ecuador bersama teman wanita beliau dan mereka kini dipercayai pasangan pertama negara berkenaan yang mendapat cahaya mata.


Manakala Rodriguez yang lahir sebagai seorang lelaki, telah menjadi sebutan di Ecuador pada tahun 2013 apabila menjadi calon transgender pertama yang bertanding untuk kerusi Kongres.

Rodriguez sebelum ini pernah mendedahkan kesukaran hidup selepas membuat pengakuan kecenderungan jantina kepada keluarga. Beliau telah dihalau oleh keluarga dan terpaksa hidup di jalanan.

Berlainan pula halnya dengan Machado yang mendapat sokongan penuh keluarga apabila memberitahu hasrat beliau untuk menukar jantina kepada lelaki.

Pengumuman mereka di akaun media sosial turut mendedahkan bahawa kehamilan tersebut terhasil melalui hubungan kelamin normal kerana mereka masih belum menjalani pembedahan ‘zon bawah’ untuk menukar alat kelamin.

“Kami hidup sebagai lelaki dan wanita. Fernando sebagai lelaki dan saya sebagai wanita. Proses untuk kami sampai ke tahap ini memang kompleks.”

“Ini hak kami, jadi kami ambil keputusan untuk tambah seorang lagi ahli keluarga.” - Awani
Bangga hamil hasil persetubuhan dengan pondan Bangga hamil hasil persetubuhan dengan pondan Reviewed by Admin on 17:33 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.